Menghadapi Tekanan Dalam Percintaan
Kadang-kala aku merasa hairan dengan diriku. Aku pun tidak tahu kenapa aku merasa begitu tertekan. Aku telahpun menjalinkan hubungan dengan Ms D selama 4 tahun dan kami masih belum juga melanjutkannya ke peringkat yang seterusnya.
Dalam zaman yang serba materialistik ini, aku rasakan begitu sukar untuk menyeimbangkan perbelanjaa seharian dan simpanan untuk tujuan
pertunangan dan juga perkahwinan.
Aku juga dalam proses untuk mendalami agama Islam. Kata orang, lebih baik memeluk agama Islam secara ikhlas dan bukan hanya kerana untuk tujuan melangsungkan perkahwinan sahaja. Memang ada logiknya saranan sebegitu kerana jodoh dan ajal di tangan Tuhan, manalah tahu sekiranya suatu hari nanti terjadi perceraian, maka kes murtad juga dapat dielakkan.
Aku sebenarnya sangat ingin untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluargaku sendiri. Dan siapa yang akan menjadi pasanganku bukanlah satu persoalan kerana aku begitu yakin yang Ms D is the one.
Aku juga selalu tertanya-tanya bagaimanakah caranya aku dapat membuktikan kepada Ms D yang aku benar-benar sayang padanya.
Oh Tuhanku, bantulah aku dan bukalah pintu rezeki seluas-luasnya agar aku dapat merealisasikan segala impian murniku. Amin.
0 comments:
Post a Comment