Aku sering tertanya-tanya sendiri, bagaimanakah aku patut menunjukkan kepada Ms D yang aku menghargai cintanya padaku.
Sejak kebelakangan ini, kami semakin kerap berselisih faham dan aku langsung tidak berpeluang untuk meluangkan masa dengannya. Ada-ada sahaja perkara yang akan terjadi dan menyebabkan kami bertengkar.
Entah kenapa Ms D sentiasa berfikiran bahawa aku tidak mempercayainya.
Sedangkan aku bertanya dengannya dengan niat yang baik. Aku tidaklah seteruk seperti yang dia sangkakan. Mana mungkin aku masih meneruskan hubungan dengannya jika aku tidak mempercayainya? Kenapa dia tidak terfikir sebegitu?
Dan aku juga sangat geram apabila begitu ramai ahli keluarganya yang masuk campur dan cuba mengubahku. Jika mereka tidak selesa denganku, mengapa tidak mereka halang sahaja hubungan kami berdua?
Banyak yang telah aku korbankan dari segi wang ringgit. Baru-baru ini, aku berhutang sehingga lebih daripada RM10 ribu gara-gara untuk membantu ketika keluarganya ditimpa kesusahan.
Dan aku juga tidak berpuas hati dengan sikap bapanya yang telah menipuku. Sehingga hari ini dia masih lagi berhutang denganku.
Dan aku juga tunaikan permintaannya untuk memiliki sebuah kereta. Entah kenapa masih juga dia tidak nampak betapa aku menyayanginya dan sanggup berkorban apa sahaja, sedangkan kami masih lagi mempunyai sebarang ikatan.
Mungkin selama ini aku terlalu berlembut dengannya. Sudah sampai masanya untuk aku bertegas. Jika tidak, mungkin aku pula yang terkorban...
Tuhan, berikanlah aku petunjukmu, Amin.
Read more...